Senin, 03 September 2012

Al-Qur'an sebagai Pembela di Hari Akhirat



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah
S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari Al-Qur'an, setelah
itu Rasulullah S.A.W memberitahu
tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah
bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti
dia akan datang kepada ahli-ahlinya,
yang mana di kala itu orang sangat
memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-
indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah
membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang
kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu
juga pernah membacaku di waktu siang
hari." Kemudian berkata orang yang pernah
membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui
dan menuntun orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu
diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia
meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang
muslim diberi perhiasan yang tidak

dapat ditukar dengan dunia walau
berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal
kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua
kerana anak kamu telah mempelajari Al-
Qur'an."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar